• Apakah manfaat perlindungan insurans kemalangan ini?
    Manfaat kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh akibat semulajadi. Selain itu perlindungan takaful ini dilanjutkan bagi membayar pembelanjaan pengebumian.

    Perlindungan takaful ini juga memberi pampasan keatas ahli jika mengidap penyakit kritikal yang tersenarai didalam polisi takaful.

  • Adakah polisi takaful ini tertakluk kepada “Pre Existing Conditions” dimana ahli tidak boleh membuat tuntutan jika ahli telah mengidap penyakit tersebut sebelum dilindungi oleh polisi takaful ini?
    Polisi ini tertakluk kepada “Pre Existing Conditions” dimana tuntutan bagi ahli yang telah mengidap penyakit ini dalam masa setahun sebelum kemasukan kedalam polisi akan di tolak.

  • Penyakit apakah yang diterima pakai sebagai Penyakit Kritikal
    Terdapat 36 penyakit kritikal yang diterima sebagai penyakit kritikal termasuk tambahan penyakit kongenital. Sila rujuk kepada polisi takaful bagi mendapat senarai penyakit kritikal serta terma.

  • Siapa yang mendapat manfaat ini?
    Perlindungan ini di berikan kepada ahli yang berdaftar serta keluarga (definisi keluarga seperti di dalam policy). Walaubagaimanapun, keluarga hanya layak untuk mendapat manfaat pembelanjaan pengebumian dan ianya terhad kepada satu tuntutan setahun setiap keluarga.

  • Bagaimana proses membuat tuntutan?
    Please click on "Claim" in top menu and follow the instructions.

  • Berapa lama masa yang diperlukan untuk memproses tuntutan saya?
    Setelah menerima semua dokumen yang diperlukan, tuntutan yang diluluskan akan diselesaikan dalam masa 30 hari.

  • Bagaimana saya akan diberitahu mengenai keputusan tuntutan?
    Anda akan diberitahu melalui SelCare / CompuMed
  • Apakah manfaat perlindungan insurans kemalangan ini?
    Manfaat kematian, hilang upaya kekal dan menyeluruh akibat kemalangan serta pebelanjaan pengebumian.

  • Siapa yang mendapat manfaat ini?
    Perlindungan ini di berikan kepada ahli yang berdaftar serta keluarga (definisi keluarga seperti di dalam policy). Walaubagaimanapun, manfaat ini terhad kepada satu tuntutan setahun setiap keluarga.

  • Adakah penyakit dilindungi?
    Tidak, insurans ini hanya memberi manfaat atas kematian dan hilang upaya kekal menyeluruh akibat kemalangan sahaja.

  • Adakah rawatan pesakit luar dan Physiotherapy/Chiropractic dilindungi?
    Tidak

  • Adakah kami dilindungi ketika berada di luar negara?
    Kami tidak akan membayar apa-apa manfaat semasa anda berada di luar Malaysia:, sekiranya kejadian yang mungkin menimbulkan tuntutan berlaku ketika urusan perniagaan atau semasa percutian untuk tempoh melebihi tiga (3) bulan berturut-turut dalam mana-mana satu tempoh insurans tahunan

  • Bagaimana proses membuat tuntutan?
    Please click on "Claim" in top menu and follow the instructions.

  • Berapa lama masa yang diperlukan untuk memproses tuntutan saya?
    Setelah menerima semua dokumen yang diperlukan, tuntutan yang diluluskan akan diselesaikan dalam masa 30 hari.

  • Bagaimana saya akan diberitahu mengenai keputusan tuntutan?
    Anda akan diberitahu melalui SelCare / CompuMed

Produk / Butiran Produk Faedah
Insurans Kemalangan Diri Berkelompok
Insurans Kemalangan Diri Berkelompok adalah polisi yang memberi faedah perlindungan kepada para ahli yang berdaftar sekiranya berlaku kemalangan. Perlindungan ini diberikan meliputi 24 jam sehari di seluruh dunia bagi kematian, kehilangan upaya akibat kemalangan ke atas diri tertakluk kepada terma polisi.

  • RM5,000.00 (Kematian akibat semulajadi atau kemalangan)
  • Polisi diperpanjangkan untuk melindungi ahli keluarga
  • Terhad kepada satu tuntutan sahaja dalam satu tahun
Perbelanjaan Kematian
Perbelanjaan Pengebumian adalah satu faedah yang diberikan kepada ahli keluarga terdekat untuk membantu perbelanjaan pengebumian ahli. Perlindungan ini adalah untuk kematian secara semulajadi atau kemalangan sahaja.

  • RM1,000.00 (Ahli Sahaja)
  • RM1,000.00 (Keluarga)
  • Perlindungan ke atas keluarga untuk perbelanjaan pengebumian adalah terhad kepada satu tuntutan sahaja dalam satu tahun
Takaful Nyawa / Hayat
Polisi insurans nyawa/hayat berkelompok adalah satu faedah perlindungan yang diberikan kepada ahli berdaftar sekiranya berlaku kematian secara semulajadi. Perlindungan ini diberikan meliputi 24 jam sehari ke seluruh dunia. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam polisi Takaful.

  • RM5,000.00 (Ahli Sahaja)
Penyakit Kritikal
Kontrak tambahan ini disertakan bersama dengan perlindungan asas bagi insurans nyawa/hayat berkelompok Takaful.

Selagi kontrak tambahan ini berkuatkuasa, pihak Takaful akan membayar nilai perlindungan ke atas kontrak tambahan ini sekiranya ahli yang dilindungi disahkan mempunyai sebarang penyakit seperti senarai yang telah ditetapkan oleh pihak Takaful.

Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Takaful.

  • RM5,000.00 (Ahli Sahaja)