Kerajaan Negeri Selangor telah mengumumkan di dalam Pakaj Rangsangan Selangor Prihatin Fasa Kedua dengan penambahbaikan Skim Peduli Sihat yang sedia ada dengan menambah perlindungan serta manfaat bagi kesejahteraan rakyat negeri Selangor.
Produk / Butiran Produk | Faedah |
---|---|
Takaful Nyawa / Hayat Polisi insurans nyawa/hayat berkelompok adalah satu faedah perlindungan yang diberikan kepada ahli berdaftar sekiranya berlaku kematian secara semulajadi. Perlindungan ini diberikan meliputi 24 jam sehari ke seluruh dunia. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat di dalam polisi Takaful. |
|
Insurans Kemalangan Diri Berkelompok Insurans Kemalangan Diri Berkelompok adalah polisi yang memberi faedah perlindungan kepada para ahli yang berdaftar sekiranya berlaku kemalangan. Perlindungan ini diberikan meliputi 24 jam sehari di seluruh dunia bagi kematian, kehilangan upaya akibat kemalangan ke atas diri tertakluk kepada terma polisi. |
|
Penyakit Kritikal Kontrak tambahan ini disertakan bersama dengan perlindungan asas bagi insurans nyawa/hayat berkelompok Takaful. Selagi kontrak tambahan ini berkuatkuasa, pihak Takaful akan membayar nilai perlindungan ke atas kontrak tambahan ini sekiranya ahli yang dilindungi disahkan mempunyai sebarang penyakit seperti senarai yang telah ditetapkan oleh pihak Takaful. Tertakluk kepada terma-terma dan syarat-syarat yang telah ditetapkan oleh pihak Takaful. |
|
Perbelanjaan Kematian Perbelanjaan Pengebumian adalah satu faedah yang diberikan kepada ahli keluarga terdekat untuk membantu perbelanjaan pengebumian ahli. Perlindungan ini adalah untuk kematian secara semulajadi atau kemalangan sahaja. |
|